Matahari
adalah sebuah bintang. Kejadiannya bermula lebih kurang 8-10bilion
tahun selepas berlaku Big Bang, iaitu lebih kurang 5 bilion tahun
dahulu. Proses nuklear yang berlaku dalam matahari melahirkan cahaya
matahari (sunlight). Cahaya ini diibaratkan seperti nadi kehidupan bagi
bumi kerana hampir semua jenis kehidupan di bumi ini memerlukannya dan
memanfaatkannya melalui proses fotosintesis.
Walaubagaimanapun matahari mempunyai jangka hayatnya. Seorang
fisikawan Jerman, Hermann von Helmholtz, pada tahun 1825 mengamati
perkembangan matahari yang ternyata diameter matahari setiap tahunnya
menyusut 85 m. Kalau pengamatan Helmholtz benar, maka berdasarkan
perhitungan penyusutan diameter matahari, umur matahari hanya akan
bertahan untuk waktu 20.000.000 sampai dengan 25.000.000 tahun sejak
matahari mengalami penyusutan.
Untuk kurun waktu itu, teori Helmholtz ini cukup memuaskan para ilmuwan, sebelum akhirnya digugurkan oleh teori reaksi thermonuklir yang masih bertahan sampai saat ini.Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 bilion tahun. Selepas itu ia akan terkubur. Allah menjelaskan dalam surah at-Taqwir ayat 1,
Untuk kurun waktu itu, teori Helmholtz ini cukup memuaskan para ilmuwan, sebelum akhirnya digugurkan oleh teori reaksi thermonuklir yang masih bertahan sampai saat ini.Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 bilion tahun. Selepas itu ia akan terkubur. Allah menjelaskan dalam surah at-Taqwir ayat 1,
إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Maksudnya: "Dan matahari semasa ia digulungkan."
Perkataan
penting di sini ialah perkataan 'kuwwirat'. Sahabat Abdulullah bin
Abbas mentafsirkannya sebagai 'zahabat' yang bermaksud 'pergi ' atau
'menghilang' manakala Imam Nasafi mentafsirkannya sebagai 'hilang
cahayanya'. Ia menjelaskan apabila berlaku hari kiamat alam ini
seolah-olah digulung. Ia juga menjelaskan matahari semasa berada di
penghujung hayatnya akan kehilanagn cahayanya.
Badai Matahari |
Sebenarnya
kesatabilan matahari, seperti bintang-bintang yang lain, bergantung
kepada tenaga yang mampu dihasilkan olehnya. Tenaga ini terhasil melalui
proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di
bahagian dalam matahari (core). Selepas berbilion tahun berlalu, proses
ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan
itu ia menjadi tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan bahagian (core)
menguncup ( contracts) dengan menghasilkan suhu yang tinggi. Selepas
masa berlalu, suhu di bahagian luar matahari menurun dan dengan itu
pudarlah cahayanya. Keadaan ini selari dengan tafsiran Imam Nasafi
berhubung perkataan kuwwirat dalam ayat Quran yang disebutkan. Akhirnya
bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas yang berbentuk
asap dan terus terpisah daripada bahagian dalamnya. Maka lahirlah
planetary nebula. Dengan itu, tamatlah riwayat hidup matahari.
Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin
0 komentar:
Posting Komentar