Kejadian Bumi melalui beberapa proses tertentu. Ia bermula lebih kurang 4.5 bilion tahun dahulu sebagai sebahagian daripada gumpalan gas yang dikenali sebagai solar nebula. Salah satu planet yang terhasil adalah bumi. Teori kejadian bumi daripada proses accretion ini pada asalnya diutarakan oleh Otta Achmidt, seorang pakar geofizik dari Rusia pada tahun 1944 dan teori ini menjadi semakin popular pada hari ini. Proses pembentukan bumi melalui fasa-fasa tertentu. Berkemungkinan besar, ayat-ayat Allah mengenai bumi yang terdapat dalamnya perkataan-perkataan yang berbeza menceritakan berkenaan proses-proses ini.
Dalam
surah az-Zukhruf ayat 10 Allah menjelaskan, "Dia yang menjadikan bumi
sebagai hamparan tempat menetap dan Dia membuat jalan-jalan di atas bumi
supaya kamu mendapat petunjuk."
Dalam
ayat ini, Allah menggunakan perkataan mahda semasa menceritakan
mengenai bumi. Mengikut Hans Wehr: A Dictionary of Modern Written Arabic
oleh J. Milton Cowan, perkataan mahda berasal daripada perkataan mahada
dan antara maksudnya to spread out evenly, to make easy yang bermaksud
menghamparkan dan mempermudah. Ayat ini menggambarkan bumi dijadikan
seperti suatu hamparan bagi mempermudah aktiviti manusia di atasnya.
Sekiranya dilihat dengan mata kasar, bumi ini sememangnya adalah
hamparan yang luas nun sejauh mata memandang. Namun hamparan bumi ini
mempunyai logiknya di sudut sains dan hal ini akan di terangkan
kemudian.
Dalam surah Abasa ayat 26, Allah berkata, "Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya."
Dalam
surah ini, perkataan yang digunakan adalah perkataan syaqaqna yang
berasal daripada perkataan syaqq. Mengikut Hans Wehr: A Dictionary of
Modern Written Arabic bermaksud to split, cleave, part iaitu dipisahkan
dan pecahkan sekali gus menggambarkan bumi sebelum ini adalah bercantum
kemudian dipisahkan.
Dalam
surah ar-Ra'd ayat 3 pula, Allah menjelaskan, "Dialah yang melebarkan
bumi dan dijadikan di atasnya gunung-ganang dan sungai-sungai."
Dalam
ayat ini Allah menggunakan perkataan madda , mengikut Hans Wehr: A
Dictionary of Modern Written Arabic, bermaksud to extend, distend,
expand, dilate, strech iaitu mengembangkan dan melebarkan. Ayat ini
menunjukkan bumi ini tidak statik sebaliknya terus-menerus membesar dan
melebar hingga ke hari ini.
Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin
0 komentar:
Posting Komentar