Secara
umumnya, apabila kita berbicara mengenai orbit (putaran) bumi dan
objek-objek di langit, ayat-ayat Quran nampak seolah-olahnya memfokuskan
mengenai satu aspek saja, iaitu mengenai putaran objek-objek ini di
atas paksinya (seperti yang dibicarakan sebelum dalam tajuk 'Orbit-orbit
bumi dan objek di langit, sebelum ini). Adakah ini menunjukkan tidak
wujud putaran dalam bentuk lain bagi objek-objek ini?
Rupa-rupanya
di dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai putaran
yang berbeza. Ini telah tertulis di dalam surah Yasin ayat 38,Allah
menyatakan,
وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ Maksudnya: "Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar). Demikianlah yang ditentukan oleh yang maha perkasa lagi maha mengetahui."
Perkataan yang penting dalam ayat ini ialah tajri dan mustaqar. Tajri bermaksud berlari dan mustaqar
bermaksud tempat tujuan, perhentian atau tempat menetap. Di dalam
al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mentafsirkan ayat ini dengan
berkata, "(Antara tanda kekuasaan Allah adalah) matahari bergerak menuju
ke tempat menetap baginya." Sekiranya ayat sebelum ini menyatakan
matahari 'berenang atau bergerak dalam bulatannya', ayat ini pula
menyatakan matahari 'berlari menuju ke tempat perhentiannya'. Justeru
ayat pertama membicarakan mengenai putaran di atas paksi manakala ayat
kedua membicarakan mengenai putaran (orbit) yang berbeza.
Penemuan
semasa mengesahkan matahari, di samping bergerak di atas paksinya yang
mengambil masa 25 hari bagi melengkapkan satu putaran, ia juga bergerak
mengelilingi galaksinya yang bernama Bimasakti (Milky Way). Para saintis
mengesahkan matahari bergerak mengelilingi bahagian tengah (nukleus)
galaksi ini dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Ini bermakna ia
mengambil masa lebih kurang 225 juta bagi melengkapkan satu pusingan
mengelilingi bahagian nukleus galaksi ini.
Justeru,
dalam surah yasin,ayat 38 ini mensyariatkan objek-objek di langit
(termasuk bumi) di samping berputar di atas paksinya, juga beredar
mengelilingi pusat (nukleus) galaksinya mengikut ketetapan Allah seperti
yang berlaku kepada matahri. Ini sudah memadai bagi merangsang umat
Islam supaya terus mengkaji rahsia kejadian alam termasuk yang berkaitan
dengan putaran dan peredaran objek-objek di langit.
Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin
0 komentar:
Posting Komentar