Kejadian
bintang di angkasa raya sememangnya menakjubkan. Salah satu jenis
bintang yang wujud adalah 'bintang yang cahayanya menembus'. Dalam surah
at-Thaariq ayat 1 -3 menyatakan:
وَالسَّمَاء وَالطَّارِقِ
Maksud: Demi langit dan "At-Taariq"
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الطَّارِقُ
Maksud: Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu?
النَّجْمُ الثَّاقِبُ
Maksud: (At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya).
Dalam
ayat ini, an-najmu bermaksud bintang dan at-thaaqif bermaksud
menembusi. Imam Nasafi mentafsirkan perkataan thaaqif sebagai 'yang
bercahaya'. Justeru, an-najmu at-thaaqif juga dapat diertikan sebagai
bintang bercahaya yang menembusi langit.
Said
Hawa pula mengatakan an-najmu at-thaaqif dikaitkan dengan komet yang
melintasi ruang udara bumi. Seperti yang dimaklumi, komet adalah objek
yang wujud dalam sistem solar yang mengelilingi matahari. Ia berasal
daripada asap nebula yang dikenali sebagai Oort cloud dan mempunyai tiga
bahagia iaitu nukleus, koma dan ekor.
Komet Hyakutake yang muncul pada tahun 1996 |
Pada
hari ini pakar-pakar sains menemui satu lagi objek bercahaya seperti
bintang yang bergerak menembusi angkasa raya. Kelajuannya menghampiri
kelajuan cahaya dan ia bergerak menembusi ruang angkasa dan kadangkala
menghala tepat ke dunia. Para saintis menamakannya sebagai blazar.
Blazar |
Sciences
News di bawah tajuk Powerhouse Astronomy: Blazing Black Hole From the
Early Universe melaporkan satu penemuan mengenai blazar pada tanggal 3
Julai 2004. Al-Quran telah membuktikan terlebih dahulu kejadian-kejadian ini, maka ayatNya yang manakah yang ingin kamu dustakan lagi?
Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin
0 komentar:
Posting Komentar