Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci
(berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya
Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia
tidur di malam
hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar
ra).
Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan
hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal
dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan
disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua
tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh
kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.
Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi
Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang
diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari
membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam
lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap
kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.
Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar
kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka
sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan
agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.
Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah
yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan
Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam
keadaan suci.
Khasiat berwuduk sebelum tidur
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak
penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu
merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam
beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka
fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana
prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang
melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita
menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon
perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat
adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan
sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.
Sumber : http://www.islamituindah.my/khasiat-berwuduk-sebelum-tidur
0 komentar:
Posting Komentar